Saturday, February 27, 2010

kesederhanaan harta dan kekayaan kasih sayang..


Walaupun kami miskin harta..tp kami x pernah miskin kasih syg.

Kemiskinan harta..x pernah melunturkan kasih syg diantara kami..
Harta kami yang sejati adalah ketulusan dalam perhubungan dan kasih syg yang dipupuk dari hati kurnian ILAHI..kami bersyukur diberikan sebuah perhubungan dengan kesefahaman yang kuat antara kami..

Namun begitu, kami xkan membiarkan kemiskinan harta menggugat sebuah perhubungan..kami terus berusaha di jalan Allah..supaya beroleh kejayaan dunia dan akhirat..mengejar kejayaan dunia..untuk kami tidak terus berada dalam kepapaan..kami berusaha untuk kehidupan yang penuh dengan kesederhaan..bkn kami tidak mahu kemewahan..bkn kami tidak mahu kekayaan..tp pd kami..hidup dlm kesederhanaan adalah yang menenangkan..

Kesederhanaan adalah segalanya bg kami..biarlah kami hidup dlm majoriti yang biasa..kesederhanaan harta dengan kekayaan kasih sayang..mampu membawa kebahgiaan untuk kami..insyaAllah..namun begitu, jika diberi sedikit kekayaan kpd kami..alhamdulillah..kami tidak akan membiarkan rezeki dr Allah dipersiakan..tp kami akn cuba aplikasi ke jalan yang diredhaiNya..xkn membiarkan kami riak..

Mengejar kejayaan akhirat pula..kami akan terus saling melengkapi..jika terdapat kekurangan yang tidak kami aplikasinya sejak kelahiran kami..insyaAllah..

Kami mendambakan kasih sayang yang tidak pernah putus..bagi kami kebahgiaan yang terbina hanyalah melalui keikhlasan hati kurnian ILAHI…

Kami akan terus mendoakan yang terbaik..insyaAllah..
by Heteractis Aurora..salam..

Wednesday, February 10, 2010

Antara kaca dan permata..


Salam..
kita sebagai manusia biasa..seringkali sukar menilai antara kaca dan permata..
bg diriku juga seringkali leka menilai kaca itu..sehingga mennganggapnya ibarat permata..sbb diriku leka..hanya memandang dgn pandangan kasar..yg tidak pernah terfikir untuk menilainya dengan hati yg tulus..
Kesilapanku adalah pada diriku sendiri..diriku menganggap kaca itu permata bgku..diriku menatangnye dgn ketulusan hati..yg menganggap kilauannya xkn pudar pd suatu nnti..diriku juga yakin kaca yg ku anggap permata itu mampu membangkitkan keyakinan ku utk terus menggilapnya..untuk terus yakin ia xkn hilang serinya..pancarannya..kilauannya..
namun...
Disbbkan pd realitinya adalah kaca bknnya permata..lama2 ia semakin pudar..kilauannya semakin malap..pancarannya kian luput..sehebat manapun kita yakin yg kaca itu adalah permata..tp pokok pangkalnya adalah kaca..ia xkn menjadi permata..ia tetap akan hilang serinya suatu hari nnti..hanya masa yg menentukannya..
Oleh itu...
Permata yg benar2 permata..kita harus hargainya..sbb bentuknya masih sama dgn kaca..namun dalamannya lebih bernilai..dan lebih setia kekilauannya walaupun tidak digilap setiap masa..ia akn terus kekal sebagai permata yg indah..
Tp kita jgn terlalu yakin..bahawa permata itu akan terus kita miliki selamanya..sbb takdir kelak kita tidak dpat menduganya...mungkin suatu hari nnti, permata itu akn hilang atau..terjatuh..ia sudah bkn milik kita lagi..jd yakin lah diri kita..biarlah 70% adalah diri kita..dan keyakinan permata itu akn terus jd milik kita hanyalah 30%..yakinlah..insyaAllah..yg terbaik hanya dtg drNYA...
salam..
by Heteractis Aurora

Friday, February 5, 2010

Didiklah wanita dengan keimanan...

DIRIMU WANITA
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
by DEHEARTY.

Akalmu senipis bilahan rambut