Thursday, February 2, 2012

Sabar lah Sayang..













Duhai syg..

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul kesabaran dan kesyukuran.

Setiap yang payah pasti ada kesenangan.

Dan setiap kesabaran pasti ada ganjaran.

Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat menghalang.

Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam genggaman.


Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.

Kerana harapan adalah masa hadapan

Kerana harapan adalah sumber kekuatan.

Kerana doa adalah pintu kebaikan

Dan kerana doa adalah senjata orang beriman.


Duhai syg..

Tenang-tenangkanlah dirimu..demi cinta Ilahi yg abadi..