Thursday, February 2, 2012

Sabar lah Sayang..













Duhai syg..

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul kesabaran dan kesyukuran.

Setiap yang payah pasti ada kesenangan.

Dan setiap kesabaran pasti ada ganjaran.

Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat menghalang.

Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam genggaman.


Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.

Kerana harapan adalah masa hadapan

Kerana harapan adalah sumber kekuatan.

Kerana doa adalah pintu kebaikan

Dan kerana doa adalah senjata orang beriman.


Duhai syg..

Tenang-tenangkanlah dirimu..demi cinta Ilahi yg abadi..




Tuesday, January 31, 2012

Menerima sesuatu dgn redha, redha itu ikhlas..bertawakal lah pd Allah..











Umumnya, kejayaan di perolehi kerana ikhtiar dan usaha yg dilakukan. Makin byk usaha, makin besar kejayaan di capai. Usaha yang berganda merangkumi pengorbanan jiwa, penat lelah, harta benda, masa dan segala-galanya perlu dileburkan bagi menggapai impian.

Doa Tawakkal kepada Allah

Bismillahhirahmanirahhim..

Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia, Hanya pdNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yg Agung. (Surah at-Taubah ayat 129).

Doa Menyerah Segala Urusan Kepada Allah

Bismillahhirahmanirahhim..

Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah, sesungguhnya Allah maha melihat hamba-hambaNya.

Amin..

(sumber: Buku -Koleksi Terpilih Doa Pelajar Bekalan Untuk Penuntut Ilmu)

Setelah usaha, maka berdoa dan seterusnya bertawakal kpdNya. 3 perkara yg terbaik jika diamalkan dlm hidup bg ketenteraman hati dan jiwa. Allah xkn menyusahkan hambaNya..melainkan Dia sygkan kita..Cintai Allah setulusnya..

Thanks You Allah..



























Allah SWT berfirman : " Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Perubahan ke arah kebaikan adalah sesuatu yg terbaik utk dilakukan oleh insan. Perubahan dari fikiran negatif ke fikiran positif, perubahan dr sifat kurang puas hati ke perasaan redha, perubahan kecewa ke pasrah, perubahan dr kelakuan kurang menyenangkan ke kelakuan pemalu kepada riak dan takbur begitu juga dengan perubahan imej ke arah yg lebih di redhai,di senangi dan keselesaan diri kita bila berdepan hari2 dalam hidup.

Begitu juga perubahan pd diri Heteractis Aurora skrg..perubahan pemikiran dan imej adalah seiring. Kematangan dalam pemikiran telah membentuk sebuah penampilan yg semakin baik dalam kehidupan Heteractis Aurora masa kini dan insyaAllah utk selama bernafas di bumi Allah..

Perubahan imej terbaru sgt2 menenangkan jiwa dan hati. Bersyukur atas petunjuk drNya utk diri yang lemah ini. Alhamdulillah..Tq Allah..syukur pdMu..Ya rahman Ya rahim..